Thursday 21 November 2013

Tips Elak Diri dari Masuk Line "Couple"

Bismillahhirrahmanirrahhim...

COUPLE (haha,tiba-tiba) 1 perkataan yang kita boleh imagine dan express macam-macam huraian.Tajuk ni kalau jadi soalan untuk essay SPM,gerenti semua skor A+.Maksimum 350 perkataan boleh jadi novel.Pemeriksa mesti maki siapa yang buat soalan tu.Daebak!haha.
Sekarang banyak sangat kempen cinta,dengan filem cinta,lagu cinta,novel cinta,belum lagi dengan video-video couple terhebat di FB,Keek dan sekutunya,sebelum tengok mesti sediakan paling kurang 5 baldi untuk buat stok muntah.Jadi,tak hairan dah sekarang kalau budak darjah 6 dah declare, "Wahai pemilik tulang rusukku,engkaulah jodohku yang selama ini aku cari aduyainya pun." Itu dia hasil nukilan cinta diatas kertas yang dikoyak dari buku latihan Bahasa Melayu,ditaburi bedak tepung Carrie Junior.Diakhiri dengan ayat, (sebab pensel 2B baru korek,tajam lagi kot),

pecah cermin mata,
beli sunglasses,
sudah baca,
sila balas
krik krik..krik krik.

Kalau budak darjah 6 macam tu,korang rasa budak U macam mana?
Masa mak aku buat kenduri kesyukuran sempena aku masuk U,ada jugak makcik-makcik buat kempen cinta kat aku.Diorang cakap,"Kalau dah kat U nanti,mesti jumpa lelaki yang baik-baik.Lepas belajar je kahwin ye,jangan kawan lama-lama,kahwin terus.Nanti melepas pulak laki tu." Bunyi krik krik berkembang dengan pesat,aku nak pergi U ni untuk apa ek?cari jodoh ke cari ilmu.Kalau masuk U memang siap ada pakej cinta sekali eh? Bila kita masuk U je,depan pintu pagar U nanti ada signboard ni (untuk pendaftaran cari jodoh,sila ke kiri) ke?.Kalau aku tanya solan ni kat makcik-makcik ni,aku rasa aku dah kena buang negeri.
Kita kena tukar mindset kita,betulkan niat kita.Kita masuk U untuk apa sebenarnya?
Contoh kita masuk U umur 20 tahun,kita target nak kahwin umur 25 atau 26.Jadi,buat apa nak buang masa bercouple sepanjang 5 tahun tu,macam-macam lagi benda yang kita boleh buat.Jadi individu yang produktif!

Ok.Minta maaf banyak sangat pendahuluannya.Ni sebenarnya point kita.Tips elak diri dari termasuk line "Couple" (ngehngeh):


i) Jadi ahli aktif untuk mana-mana persatuan dan kelab (kecuali kelab dangdut).

Contoh U aku,untuk budak Business School ada kelab Besca,Enactus,Kosiswa dan Kelab Fotografi.Semua tu aku join,tapi aku paling aktif kelab Enactus dengan kelab Fotografi.Aku syukur sangat-sangat aku dapat kos perniagaan.Semua yang aku belajar aku aplikasi kat kelab-kelab yang aku join ni.Sekarang aku tengah handle 2 projek,1 jadi project leader untuk program "iHEART OKU" (Enactus),1 untuk program "Click and Design" (kelab fotografi).Benda macam ni buat otak aku berkembang macam awan nano."As a leader is one who knows the way,goes the way and shows the way".Jangan melewey sudah.haha.Jadi,bila kita sibuk,kita tak ada masa nak fikir pasal couple.


ii) Buat benda yang kita minat sebagai hobi dan side income.

 Contoh,aku lagi (sebab ni blog aku suka aku nak buat contoh tu aku,haha).Aku suka design baju,jahit lace ke manik ke.Jadi,sebagai bakal usahawan dan pereka yang berjaya suatu hari nanti (aamiin),aku offer kepada gadis-gadis kat u aku untuk menggunakan khidmat aku sebagai designer yang diiktiraf oleh Cik Minah (mak aku).Alhamdulillah,diorang suka hasil tangan kasar aku ni.Tapi aku tak mampu lagi buat baju macam M Daud Kilau atau baju macam lampu lip-lap bergerak.Penat kau jah nak menjahitnya.Jadi,pagi dah sibuk dengan kuliah,kalau malam ke hari minggu kita boleh buat aktiviti macam ni.Best kan? 


iii) Sertai usrah atau tarbiyah.

 Kita kena isi hati kita dengan makanan-makanan rohani.Kalau tak nanti hati kita lapar,nanti syaitan ambil kesempatan.Dia bagi ayat bunga-bunga kat kita.Contoh,"Wahai Ramlah,tidakkah kau sunyi sorang-sorang dekat u ni Ramlah,carilah teman lelaki untuk menjaga kau Ramlah.Nanti kau dah tak sunyi,hari-hari kau indah belaka,nanti dia ajak tengok wayang cerita Kakiku Dibibirmu,belanja KFC,dia timang kau nembucuk nembacen Ramlah.Carilah teman lelaki Ramlah,carilahhhhhh...".Nampak tak permainan dia?jangan biarkan ruang hati kita diisi oleh bisikan syaitan.Jaga hati kita.Macam mana nak jaga?kita kena sentiasa dalam jemaah,sebab bila dalam jemaah,banyak nasihat yang kita dapat,mereka akan didik kita untuk lebih menjaga hati.Kita akan tahu bahawa memang cinta itu fitrah,tapi jangan sampai jadi fitnah.Simpan cinta kita dalam hati,ngadu pada Allah,dan bila sampai waktu,Allah temukan kita dengan cinta kita.InsyaAllah.


iv) Bayangkan wajah mak abah kita yang ada kat kampung tu.

Ok,kita student kan?duit tiap bulan mak abah kita bagi tu untuk buat belanja makan,buku kita kan?Ada ke mak abah cakap, "Ok Salman,ni abah da masukkan duit RM500.Kau bagi dua dengan awek kau ye nak.Jangan lupa belanja dia makan,belikan dia lipstick,kalau harijadi dia,kau belanja dia Secret Recipe.Kalau dia merajuk,kau belikan dia bunga plastik,kalau tak cukup duit,rojer je abah." Tak tahulah pulak kalau ada mak abah macam ni.Daebak!
Tahu tak,kita belajar ni,tolak kos PTPTN yang bunga dia lagi besar dari bunga Rafflesia tu.Kita dah banyak tau susahkan mak abah kita.Kita pun mak abah yang tanggung,ada hati nak tanggung anak dara orang.Konon 'gentleman' lah?.Terus terang,ada ke couple nak makan dekat warung hari-hari?Kalau bagi hadiah kat makwe,cuma bagi buku tiga 5 je ke?mesti nak yang gempak kan? Harga mesti tak kurang dari RM20.Duit tu pakai duit dari siapa?Kalaulah mak abah kita tahu,mesti diorang kecil hati,sedih dengan perangai kita.Cuba tampal gambar mak abah kita kat dinding meja belajar kita,paling kurang pun bagi effect 10% kat hati kita untuk tak buat benda bukan-bukan.


v) Layan lagu,filem,novel islamic.

Aku tabik dengan filem-filem Islamic Indonesia macam Ketika Cinta Bertasbih,Ayat-Ayat Cinta,Dalam Mihrab Cinta,Ustazah Aminah,Hafalan Shalat Delisa,Bidadari-bidadari Surga,Perempuan Berkalung Sorban (kalau sebut semua smapai esok tak habis).Cerita-cerita macam ni yang kita nak,bukan cerita cinta haramjada.Bukan drama cinta terhalang,yang kita dah boleh tahu jalan cerita macam mana,cerita cinta yang buat kita rasa nak bercouple.Kita tak nak cerita cinta yang cuba buat kempen cinta,tapi cerita islamic yang cuba buat kempen untuk cinta Allah sebelum cinta manusia.Bab lagu pulak,lirik tak nak kalah,contoh:

Jika denganmu salah
Ku tak mahu yang benar

Jika denganmu rebah biarlah ku tercalar
Walau dilanda badai
Ku sanggup kerna ku mampu
Kita berdua bersatu
Jika denganmu kabur

Ku tak mahu yang jelas
Jika denganmu hanyut
Biarlah aku lemas
Walau dilanda ribut
Ku sanggup kerna ku mampu
Kita berdua bersatu

Amboi kau jah,mesti si pakwe fikir 2 3 kali nak nyanyi lagu ni kat makwe kan?haha.Kalau makwe minta betul-betul jadi.Kena beli kain kapan siap-siap kalau lemas nanti senang.Cuba bezakan lirik atas ni dengan lirik bawah ni:
Wahai...Pemilik nyawaku

Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu

Tuhan... Baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu

Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya ilahi....
Muhasabah cintaku...

Tuhan... Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu

(muhasabah cinta by Edcoustic)

*See!mana lagi indah?Tepuk dada tanya iman.

Cuba kita banyakkan baca novel-novel Islamic,contoh Aku Terima Nikahnya,Cinta High Class,Sebelum Aku Bernikah,Memang Aku Cantik dan melambak lagi novel islamic kat kedai buku tu.Aku pun tak sempat pergi lagi,sebab kat kedai tempat aku lebih banyak novel tipikal melayu,tak semua novel melayu aku cakap tak bagus.Ada juga yang aku minat macam karya Sharifah Abu Salem,Anis Sofiya dan Damya Hana.Karya yang ada unsur pengajaran.Beza karya sekarang dengan dulu,aku rasa sekarang lebih kepada cinta sebelum kahwin.Cinta antara budak lepas SPM dan ke atas.Tanpa kita sedar,ia mengajar kita bahawa cinta sebelum kahwin tu adalah normal bagi masyarakat kita.Kita Islam,kita kena aplikasi Islam dalam diri kita.

Jadi,jom jaga hati kita!Jaga hati kita,elak masuk wilayah couple.Kalau hati terleka,cepat-cepat warning kat hati cakap camni,"Hey Kiah,kau datang U ni nak belajar kan?bukan bercouple,kau bayang muka mak abah kau tengah peluk kau masa kau tengah pakai jubah Harry Potter (jubah konvo).Kalau kau tak buat habis baik,kau leka dengan cinta kau yang entah jadi entah tidak.Kau ingat Harry Potter nak bagi kau pakai jubah dia?."Haa,nampak tak over disitu.haha.Binalah ayat warning apa-apa untuk jaga hati kita okeh!



Haa,nampak tak level garang saya? (tengok kening)


Muslimah,
apa yang tinggal untuk bakal suami kita,
kalau cinta kita dah serah pada yang bukan halal untuk kita,
bila kita dah bagi lelaki lain sentuh kita,
tak kesian ke kat bakal suami kita,
kalau kita nak suami yang setia,
kita kena jadi setia pada dia,
kalau kita nak suami yang beriman,
kita kena jadi yang beriman,
lelaki yang baik hanya untuk perempuan yang baik,
itu janji Allah.



Subhanallah <3



No comments:

Post a Comment