Monday 18 November 2013

Mak..Mak..dan Mak..

onyongnyong tomey mak kita
16 November 1963 mak aku lahir.dah 50 tahun mak aku hidup,dan 21 tahun aku hidup dengan dia.Sepanjang 21 tahun ni,pernah aku buat dosa dengan dia,pernah aku buat dia kecil hati dengan tingkah aku,pernah aku tinggikan suara niat untuk protes,pernah aku buat dia menangis dengan kedegilan aku masa remaja dulu.Tapi nasib baik dia tak pernah cakap,"Baik kau masuk dalam perut mak balik,kecik je mak tengok kau ni."

Sebelum aku masuk U,aku tak pernah jauh dengan mak.Hari-hari tengok muka mak,hari-hari dengar dia membebel,hari-hari dengar ketawa dia,hari-hari dengar suara loud-speaker dia.Dialah peti aduan,dialah kaunter pertanyaan,dialah kaunter perkhidmatan,dialah penceramah rancangan Tanyalah Ustazah.Aku sakit,aku gembira,aku kecil hati dengan kawan aku cerita kat dia,aku tak faham pasal hal-hal agama aku tanya dia,aku nak jalan-jalan dengan kawan aku report dekat dia,aku nak buat apa-apa aku tanya dia dulu.Aku banyk bagi tanda ni ??? kat dia.

Tapi sekarang,mak kat selatan,aku kat utara.Konon dengan bongkaknya masa isi UPU minta U jauh-jauh sebab nak rasa duduk jauh macam mana.Rasa rindu sebagai anak yang berada jauh diperantauan tu macam mana,nanti boleh feeling nyanyi lagu Dendang Perantau.Hamekkau,dapat sebelah Danok,betul-betul penghujung utara.Baju bebek melambak kat Padang Besar,silalah datang ke sini.Perlis Maju 2015.Nak menyesal pun tak guna,nasi dah jadi bubur McD.

Baru sekarang aku tahu macam mana rindu kat orang yang kita sayang.Baru sekarang aku tahu kenapa orang sampai bawak kain batik mak dia yang tak basuh seminggu,tak pun nak up to date sikit baju kelawar mak dia yang setahun tak basuh (macam tipu je).
Tapi semua tu ada hikmah,kan setiap kisah Allah cipta tu ada hikmah kan?

Hikmahnya yang aku nampak;

i) Aku lebih menghargai.Lebih menghargai setiap saat aku dengan mak,dengan keluarga aku tiap kali aku balik cuti,samada cuti semester,cuti study week,cuti ngada-ngada atau MC (Mau Cuti).Aku suka membaking,buat kek ke biskut ke (sodap enak tenen).Mak aku ganti juri Master Chef,dia komen kalah Chef Wan Tang Tung Tang Tung bak anggg.

ii) Aku jadi tak malu.Jujur okeh,masa duduk kat rumah je dulu,aku jarang cakap kat mak macam ni,"Mak,saya sayang mak!".Kalau aku wish macam tu pun kalau tak masa raya,masa hari jadi mak aku.Raya Deepavali apatah lagi.Hari-hari biasa jarang sangat aku cakap macam tu,kalau cakap pun lepas mak bagi upah urut dia ke,lepas cari uban dia ke,lepas dia bagi duit untuk pergi shopping dengan kawan-kawan ke.Kalau cakap hari-hari biasa,aku macam krik krik.Mesti korang rasa macam tu jugak kan?asal sengih?haha.Tapi aku kat u ni,boleh kata setiap minggu aku mesej ke on call,"Mak,sayang mak sangat tau!".Tapi cuba kita fikir,kenapa ada yang couple tu,hari-hari cakap "saya sayang awak" dekat makwe dia.Ada yang lagi ekstrim,taip mesej "Saya sayang awak 99999999999966666666999999x tau!mmmmuahhh".Tapi bila dengan mak,cakap sayang pun tak pernah.Boleh macam tu?

iii) Makin rajin doakan mak (abah pun,tapi sekarang tajuk pasal mak,sori abah.ehe.).Sekarang dah duduk jauh.Entah mak aku sihat ke tidak,kadang mak ni penipu,dia sakit tapi dia cakap dia sihat.Sebab dia tak nak kita risau.Kita jangan lupa sedekahkan al-fatihah untuk diorang tiap pagi.Jom amalkan doa ni,doa kita nak mak abah kita masuk syurga,insyaAllah.

"Ya Tuhan kami,ampunilah aku dan kedua ibu bapaku dan semua orang yang beriman pada hari diadakan perhitungan (hari Kiamat)."
(surah Ibrahim:ayat 41)

Kesimpulannya,hargai mak kita selagi dia hidup.Tak kisahlah panggil Mommy ke,Ummi ke,Mama ke.Semua ni adalah watak seorang perempuan yang lahirkan kita,yang bagi kita kehidupan dalam dunia ni.Cuba buat dia gembira,bangga,bahagia,suka dan sekutunya sebab ada anak macam kita.Bahagiakan dia,ikut cakap dia selagi tak langgar syariat.Buat mak kita sebagai best friend forever aka BFF kita.Dia tahu perangai,isi hati kita dari A-Z,dia yang cetak kita.Kalau kita buat silap,buat dosa,cepat-cepat minta maaf,kalau dengan pakwe makwe boleh minta maaf hari-hari kalau merajuk sikit.Dengan mak sendiri macam mana?
Nampak tak couple tu plastik?Nampak tak couple tu koya? Elakkan diri dari wilayah couple okeh.Kalau couple 7 tahun pun belum tentu kita tahu perangai sebenar masing-masing.Kalau dengan mak sendiri tak boleh jaga hati,berkeras dengan mak.layak ke lelaki tu nak jadi pemimpin kita nanti? (katakan tidak kepada spesis lelaki macam ni tau!)


Muslimah,
kita bakal jadi mak,
kalau kita nak anak kita baik,
kita kena jadi anak yang baik,
kalau kita nak anak kita jadi anak soleh dan solehah,
kita kena cuba jadi solehah,
baka yang baik akan keluar baka yang baik,
maka kita cuba jadi anak yang terbaik.
insyaAllah!


Tq UAI <3





No comments:

Post a Comment