Thursday 16 January 2014

Bila Allah ketuk pintu hati si Merah Jamboo


Jika semalam kita jadi wanita murah,
bila lelaki mengurat,
kita 'melting',
kemudian pergi 'dating',
langsung tak kisah nasihat ibu bapa masing- masing,
Bila Allah ketuk hati si Merah Jamboo,
Hari ini kita jadi wanita mahal,
bila nampak lelaki,
pandangan terus tertunduk,
berurusan hanya sekadar yang perlu,
ikhtilat selalu dijaga,
bila lelaki datang mengurat,
hati segera diingat,
bahawa hati ini hanya untuk yang Halal,
Jika semalam kita bertudung singkat,
kadang- kadang jarang,
kadanga-kadang over kalah artis,
kaki,lengan masih terdedah,
Bila Allah ketuk hati si Merah Jamboo,
Hari ini kita bertudung labuh,
hari ini kita berstoking panjang,
hari ini kita pakai sarung tangan,
sikit-sikit kita tutup apa yang patut ditutup,
kerana hati mengingatkan,
bahawa yang tertutup itu indah,
Bila semalam mulut kita macam Kiah Propa,
tiada penapis bila bercakap,
hingga manusia lain sakit hati,
aktiviti mengumpat jadi hobi,
Bila Allah ketuk hati si Merah Jamboo,
Hari ini kita bercakap penuh isi,
kita berkata penuh hikmah,
aktiviti berdakwah jadi hobi,
Jika semalam cita-cita kita jadi pramugari,
Bila Allah ketuk pintu hati si Merah Jamboo,
Hari ini cita-cita kita jadi Dai'e,
Jika semalam hobi kita baca novel cinta,
yang isinya tiada unsur islam,
hanya kempen cinta sebelum nikah,
Bila Allah ketuk hati si Merah Jamboo,
Hari ini hobi kita baca al-Quran,
kita hayati setiap bait maknanya,
boleh undang tangis bila membaca,
kerana kita tahu atau sudah tahu,
bahawa tiada lirik terindah tercipta,
melainkan al-Quran yang terindah,



Subhanallah,sungguh kita orang-orang yang beruntung,
kalah tingginya Bukit Beruntung,
bila Allah ketuk hati si Merah Jamboo,
untuk Dia bagi hidayah,
untuk kita muhasabah diri,
untuk menjadi yang terindah.

Tiada istilah 'hari ini' tanpa izin dari Allah..
mari menjaga hidayah setelah bertemu dengannya..
si Merah Jamboo itu ialah kamu wahai wanita yang membaca!













Thursday 21 November 2013

Tips Elak Diri dari Masuk Line "Couple"

Bismillahhirrahmanirrahhim...

COUPLE (haha,tiba-tiba) 1 perkataan yang kita boleh imagine dan express macam-macam huraian.Tajuk ni kalau jadi soalan untuk essay SPM,gerenti semua skor A+.Maksimum 350 perkataan boleh jadi novel.Pemeriksa mesti maki siapa yang buat soalan tu.Daebak!haha.
Sekarang banyak sangat kempen cinta,dengan filem cinta,lagu cinta,novel cinta,belum lagi dengan video-video couple terhebat di FB,Keek dan sekutunya,sebelum tengok mesti sediakan paling kurang 5 baldi untuk buat stok muntah.Jadi,tak hairan dah sekarang kalau budak darjah 6 dah declare, "Wahai pemilik tulang rusukku,engkaulah jodohku yang selama ini aku cari aduyainya pun." Itu dia hasil nukilan cinta diatas kertas yang dikoyak dari buku latihan Bahasa Melayu,ditaburi bedak tepung Carrie Junior.Diakhiri dengan ayat, (sebab pensel 2B baru korek,tajam lagi kot),

pecah cermin mata,
beli sunglasses,
sudah baca,
sila balas
krik krik..krik krik.

Kalau budak darjah 6 macam tu,korang rasa budak U macam mana?
Masa mak aku buat kenduri kesyukuran sempena aku masuk U,ada jugak makcik-makcik buat kempen cinta kat aku.Diorang cakap,"Kalau dah kat U nanti,mesti jumpa lelaki yang baik-baik.Lepas belajar je kahwin ye,jangan kawan lama-lama,kahwin terus.Nanti melepas pulak laki tu." Bunyi krik krik berkembang dengan pesat,aku nak pergi U ni untuk apa ek?cari jodoh ke cari ilmu.Kalau masuk U memang siap ada pakej cinta sekali eh? Bila kita masuk U je,depan pintu pagar U nanti ada signboard ni (untuk pendaftaran cari jodoh,sila ke kiri) ke?.Kalau aku tanya solan ni kat makcik-makcik ni,aku rasa aku dah kena buang negeri.
Kita kena tukar mindset kita,betulkan niat kita.Kita masuk U untuk apa sebenarnya?
Contoh kita masuk U umur 20 tahun,kita target nak kahwin umur 25 atau 26.Jadi,buat apa nak buang masa bercouple sepanjang 5 tahun tu,macam-macam lagi benda yang kita boleh buat.Jadi individu yang produktif!

Ok.Minta maaf banyak sangat pendahuluannya.Ni sebenarnya point kita.Tips elak diri dari termasuk line "Couple" (ngehngeh):


i) Jadi ahli aktif untuk mana-mana persatuan dan kelab (kecuali kelab dangdut).

Contoh U aku,untuk budak Business School ada kelab Besca,Enactus,Kosiswa dan Kelab Fotografi.Semua tu aku join,tapi aku paling aktif kelab Enactus dengan kelab Fotografi.Aku syukur sangat-sangat aku dapat kos perniagaan.Semua yang aku belajar aku aplikasi kat kelab-kelab yang aku join ni.Sekarang aku tengah handle 2 projek,1 jadi project leader untuk program "iHEART OKU" (Enactus),1 untuk program "Click and Design" (kelab fotografi).Benda macam ni buat otak aku berkembang macam awan nano."As a leader is one who knows the way,goes the way and shows the way".Jangan melewey sudah.haha.Jadi,bila kita sibuk,kita tak ada masa nak fikir pasal couple.


ii) Buat benda yang kita minat sebagai hobi dan side income.

 Contoh,aku lagi (sebab ni blog aku suka aku nak buat contoh tu aku,haha).Aku suka design baju,jahit lace ke manik ke.Jadi,sebagai bakal usahawan dan pereka yang berjaya suatu hari nanti (aamiin),aku offer kepada gadis-gadis kat u aku untuk menggunakan khidmat aku sebagai designer yang diiktiraf oleh Cik Minah (mak aku).Alhamdulillah,diorang suka hasil tangan kasar aku ni.Tapi aku tak mampu lagi buat baju macam M Daud Kilau atau baju macam lampu lip-lap bergerak.Penat kau jah nak menjahitnya.Jadi,pagi dah sibuk dengan kuliah,kalau malam ke hari minggu kita boleh buat aktiviti macam ni.Best kan? 


iii) Sertai usrah atau tarbiyah.

 Kita kena isi hati kita dengan makanan-makanan rohani.Kalau tak nanti hati kita lapar,nanti syaitan ambil kesempatan.Dia bagi ayat bunga-bunga kat kita.Contoh,"Wahai Ramlah,tidakkah kau sunyi sorang-sorang dekat u ni Ramlah,carilah teman lelaki untuk menjaga kau Ramlah.Nanti kau dah tak sunyi,hari-hari kau indah belaka,nanti dia ajak tengok wayang cerita Kakiku Dibibirmu,belanja KFC,dia timang kau nembucuk nembacen Ramlah.Carilah teman lelaki Ramlah,carilahhhhhh...".Nampak tak permainan dia?jangan biarkan ruang hati kita diisi oleh bisikan syaitan.Jaga hati kita.Macam mana nak jaga?kita kena sentiasa dalam jemaah,sebab bila dalam jemaah,banyak nasihat yang kita dapat,mereka akan didik kita untuk lebih menjaga hati.Kita akan tahu bahawa memang cinta itu fitrah,tapi jangan sampai jadi fitnah.Simpan cinta kita dalam hati,ngadu pada Allah,dan bila sampai waktu,Allah temukan kita dengan cinta kita.InsyaAllah.


iv) Bayangkan wajah mak abah kita yang ada kat kampung tu.

Ok,kita student kan?duit tiap bulan mak abah kita bagi tu untuk buat belanja makan,buku kita kan?Ada ke mak abah cakap, "Ok Salman,ni abah da masukkan duit RM500.Kau bagi dua dengan awek kau ye nak.Jangan lupa belanja dia makan,belikan dia lipstick,kalau harijadi dia,kau belanja dia Secret Recipe.Kalau dia merajuk,kau belikan dia bunga plastik,kalau tak cukup duit,rojer je abah." Tak tahulah pulak kalau ada mak abah macam ni.Daebak!
Tahu tak,kita belajar ni,tolak kos PTPTN yang bunga dia lagi besar dari bunga Rafflesia tu.Kita dah banyak tau susahkan mak abah kita.Kita pun mak abah yang tanggung,ada hati nak tanggung anak dara orang.Konon 'gentleman' lah?.Terus terang,ada ke couple nak makan dekat warung hari-hari?Kalau bagi hadiah kat makwe,cuma bagi buku tiga 5 je ke?mesti nak yang gempak kan? Harga mesti tak kurang dari RM20.Duit tu pakai duit dari siapa?Kalaulah mak abah kita tahu,mesti diorang kecil hati,sedih dengan perangai kita.Cuba tampal gambar mak abah kita kat dinding meja belajar kita,paling kurang pun bagi effect 10% kat hati kita untuk tak buat benda bukan-bukan.


v) Layan lagu,filem,novel islamic.

Aku tabik dengan filem-filem Islamic Indonesia macam Ketika Cinta Bertasbih,Ayat-Ayat Cinta,Dalam Mihrab Cinta,Ustazah Aminah,Hafalan Shalat Delisa,Bidadari-bidadari Surga,Perempuan Berkalung Sorban (kalau sebut semua smapai esok tak habis).Cerita-cerita macam ni yang kita nak,bukan cerita cinta haramjada.Bukan drama cinta terhalang,yang kita dah boleh tahu jalan cerita macam mana,cerita cinta yang buat kita rasa nak bercouple.Kita tak nak cerita cinta yang cuba buat kempen cinta,tapi cerita islamic yang cuba buat kempen untuk cinta Allah sebelum cinta manusia.Bab lagu pulak,lirik tak nak kalah,contoh:

Jika denganmu salah
Ku tak mahu yang benar

Jika denganmu rebah biarlah ku tercalar
Walau dilanda badai
Ku sanggup kerna ku mampu
Kita berdua bersatu
Jika denganmu kabur

Ku tak mahu yang jelas
Jika denganmu hanyut
Biarlah aku lemas
Walau dilanda ribut
Ku sanggup kerna ku mampu
Kita berdua bersatu

Amboi kau jah,mesti si pakwe fikir 2 3 kali nak nyanyi lagu ni kat makwe kan?haha.Kalau makwe minta betul-betul jadi.Kena beli kain kapan siap-siap kalau lemas nanti senang.Cuba bezakan lirik atas ni dengan lirik bawah ni:
Wahai...Pemilik nyawaku

Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu

Tuhan... Baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu

Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya ilahi....
Muhasabah cintaku...

Tuhan... Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu

(muhasabah cinta by Edcoustic)

*See!mana lagi indah?Tepuk dada tanya iman.

Cuba kita banyakkan baca novel-novel Islamic,contoh Aku Terima Nikahnya,Cinta High Class,Sebelum Aku Bernikah,Memang Aku Cantik dan melambak lagi novel islamic kat kedai buku tu.Aku pun tak sempat pergi lagi,sebab kat kedai tempat aku lebih banyak novel tipikal melayu,tak semua novel melayu aku cakap tak bagus.Ada juga yang aku minat macam karya Sharifah Abu Salem,Anis Sofiya dan Damya Hana.Karya yang ada unsur pengajaran.Beza karya sekarang dengan dulu,aku rasa sekarang lebih kepada cinta sebelum kahwin.Cinta antara budak lepas SPM dan ke atas.Tanpa kita sedar,ia mengajar kita bahawa cinta sebelum kahwin tu adalah normal bagi masyarakat kita.Kita Islam,kita kena aplikasi Islam dalam diri kita.

Jadi,jom jaga hati kita!Jaga hati kita,elak masuk wilayah couple.Kalau hati terleka,cepat-cepat warning kat hati cakap camni,"Hey Kiah,kau datang U ni nak belajar kan?bukan bercouple,kau bayang muka mak abah kau tengah peluk kau masa kau tengah pakai jubah Harry Potter (jubah konvo).Kalau kau tak buat habis baik,kau leka dengan cinta kau yang entah jadi entah tidak.Kau ingat Harry Potter nak bagi kau pakai jubah dia?."Haa,nampak tak over disitu.haha.Binalah ayat warning apa-apa untuk jaga hati kita okeh!



Haa,nampak tak level garang saya? (tengok kening)


Muslimah,
apa yang tinggal untuk bakal suami kita,
kalau cinta kita dah serah pada yang bukan halal untuk kita,
bila kita dah bagi lelaki lain sentuh kita,
tak kesian ke kat bakal suami kita,
kalau kita nak suami yang setia,
kita kena jadi setia pada dia,
kalau kita nak suami yang beriman,
kita kena jadi yang beriman,
lelaki yang baik hanya untuk perempuan yang baik,
itu janji Allah.



Subhanallah <3



Monday 18 November 2013

Mak..Mak..dan Mak..

onyongnyong tomey mak kita
16 November 1963 mak aku lahir.dah 50 tahun mak aku hidup,dan 21 tahun aku hidup dengan dia.Sepanjang 21 tahun ni,pernah aku buat dosa dengan dia,pernah aku buat dia kecil hati dengan tingkah aku,pernah aku tinggikan suara niat untuk protes,pernah aku buat dia menangis dengan kedegilan aku masa remaja dulu.Tapi nasib baik dia tak pernah cakap,"Baik kau masuk dalam perut mak balik,kecik je mak tengok kau ni."

Sebelum aku masuk U,aku tak pernah jauh dengan mak.Hari-hari tengok muka mak,hari-hari dengar dia membebel,hari-hari dengar ketawa dia,hari-hari dengar suara loud-speaker dia.Dialah peti aduan,dialah kaunter pertanyaan,dialah kaunter perkhidmatan,dialah penceramah rancangan Tanyalah Ustazah.Aku sakit,aku gembira,aku kecil hati dengan kawan aku cerita kat dia,aku tak faham pasal hal-hal agama aku tanya dia,aku nak jalan-jalan dengan kawan aku report dekat dia,aku nak buat apa-apa aku tanya dia dulu.Aku banyk bagi tanda ni ??? kat dia.

Tapi sekarang,mak kat selatan,aku kat utara.Konon dengan bongkaknya masa isi UPU minta U jauh-jauh sebab nak rasa duduk jauh macam mana.Rasa rindu sebagai anak yang berada jauh diperantauan tu macam mana,nanti boleh feeling nyanyi lagu Dendang Perantau.Hamekkau,dapat sebelah Danok,betul-betul penghujung utara.Baju bebek melambak kat Padang Besar,silalah datang ke sini.Perlis Maju 2015.Nak menyesal pun tak guna,nasi dah jadi bubur McD.

Baru sekarang aku tahu macam mana rindu kat orang yang kita sayang.Baru sekarang aku tahu kenapa orang sampai bawak kain batik mak dia yang tak basuh seminggu,tak pun nak up to date sikit baju kelawar mak dia yang setahun tak basuh (macam tipu je).
Tapi semua tu ada hikmah,kan setiap kisah Allah cipta tu ada hikmah kan?

Hikmahnya yang aku nampak;

i) Aku lebih menghargai.Lebih menghargai setiap saat aku dengan mak,dengan keluarga aku tiap kali aku balik cuti,samada cuti semester,cuti study week,cuti ngada-ngada atau MC (Mau Cuti).Aku suka membaking,buat kek ke biskut ke (sodap enak tenen).Mak aku ganti juri Master Chef,dia komen kalah Chef Wan Tang Tung Tang Tung bak anggg.

ii) Aku jadi tak malu.Jujur okeh,masa duduk kat rumah je dulu,aku jarang cakap kat mak macam ni,"Mak,saya sayang mak!".Kalau aku wish macam tu pun kalau tak masa raya,masa hari jadi mak aku.Raya Deepavali apatah lagi.Hari-hari biasa jarang sangat aku cakap macam tu,kalau cakap pun lepas mak bagi upah urut dia ke,lepas cari uban dia ke,lepas dia bagi duit untuk pergi shopping dengan kawan-kawan ke.Kalau cakap hari-hari biasa,aku macam krik krik.Mesti korang rasa macam tu jugak kan?asal sengih?haha.Tapi aku kat u ni,boleh kata setiap minggu aku mesej ke on call,"Mak,sayang mak sangat tau!".Tapi cuba kita fikir,kenapa ada yang couple tu,hari-hari cakap "saya sayang awak" dekat makwe dia.Ada yang lagi ekstrim,taip mesej "Saya sayang awak 99999999999966666666999999x tau!mmmmuahhh".Tapi bila dengan mak,cakap sayang pun tak pernah.Boleh macam tu?

iii) Makin rajin doakan mak (abah pun,tapi sekarang tajuk pasal mak,sori abah.ehe.).Sekarang dah duduk jauh.Entah mak aku sihat ke tidak,kadang mak ni penipu,dia sakit tapi dia cakap dia sihat.Sebab dia tak nak kita risau.Kita jangan lupa sedekahkan al-fatihah untuk diorang tiap pagi.Jom amalkan doa ni,doa kita nak mak abah kita masuk syurga,insyaAllah.

"Ya Tuhan kami,ampunilah aku dan kedua ibu bapaku dan semua orang yang beriman pada hari diadakan perhitungan (hari Kiamat)."
(surah Ibrahim:ayat 41)

Kesimpulannya,hargai mak kita selagi dia hidup.Tak kisahlah panggil Mommy ke,Ummi ke,Mama ke.Semua ni adalah watak seorang perempuan yang lahirkan kita,yang bagi kita kehidupan dalam dunia ni.Cuba buat dia gembira,bangga,bahagia,suka dan sekutunya sebab ada anak macam kita.Bahagiakan dia,ikut cakap dia selagi tak langgar syariat.Buat mak kita sebagai best friend forever aka BFF kita.Dia tahu perangai,isi hati kita dari A-Z,dia yang cetak kita.Kalau kita buat silap,buat dosa,cepat-cepat minta maaf,kalau dengan pakwe makwe boleh minta maaf hari-hari kalau merajuk sikit.Dengan mak sendiri macam mana?
Nampak tak couple tu plastik?Nampak tak couple tu koya? Elakkan diri dari wilayah couple okeh.Kalau couple 7 tahun pun belum tentu kita tahu perangai sebenar masing-masing.Kalau dengan mak sendiri tak boleh jaga hati,berkeras dengan mak.layak ke lelaki tu nak jadi pemimpin kita nanti? (katakan tidak kepada spesis lelaki macam ni tau!)


Muslimah,
kita bakal jadi mak,
kalau kita nak anak kita baik,
kita kena jadi anak yang baik,
kalau kita nak anak kita jadi anak soleh dan solehah,
kita kena cuba jadi solehah,
baka yang baik akan keluar baka yang baik,
maka kita cuba jadi anak yang terbaik.
insyaAllah!


Tq UAI <3





Friday 15 November 2013

Jom,jadikan al-quran itu sebagai sahabat!

Aku siswi universiti,jawatan ni menuntut aku untuk melakukan pelbagai tugasan.Aku juga ahli aktif kelab dan persatuan di universiti.Tapi aku lupa bahawa aku juga hamba Allah yang perlu aktif melakukan ibadah untuk kebaikan aku sendiri,untuk saham aku di akhirat nanti.Bodohnya aku,lalainya aku dengan tugasan dunia yang tidak akan pernah habis.Hidup aku untuk apa sebenarnya,mati aku nanti bagaimana?

Aku tatap al-quran pink atas meja belajar aku,lebih seminggu aku tinggalkan dia tanpa rasa bersalah.Kalaulah dia boleh bercakap,mesti dia cakap "Bukan lama sangat untuk kau baca aku,kau ada 24 jam.Takkan 5 minit untuk 5 waktu solat pun kau tak nak baca aku?",astagfirullah.Aku belek muka surat terakhir yang aku baca,muka surat yang patut di 'highlight' isi terjemahannya dengan warna-warni hanya penuh dengan tulisan hitam.Rasa malu dengan Allah.

Aku cari penyelesaian.Aku baiki jadual harian aku,aku cari solusi bagaimana untuk aku lebih semangat baca al-quran,untuk jadikan al-quran sahabat aku,untuk jadikan al-quran pedoman di setiap hari aku.Ini antara solusinya untuk perkongsian kita bersama,insyaAllah:

1) Niat dalam hati,aku baca al-quran agar Engkau lebih sayang aku ya Allah,agar hari-hari aku     ini penuh dengan keceriaan.

2) Anda suka warna apa?sekarang macam-macam jenis warna ada jual.Kalau suka pink,beli       warna pink.hehe.Sebelum beli tengok isi terjemahannya sekali.Pastikan tulisannya tidak             terlalu kecil.

3) Lepas baca al-quran,baca dan fahamkan terjemahannya.Baru kita tahu makna tiap apa yang kita baca.Rugi kalau tak baca terjemahan,kalau kita ni orang Arab tak apa.Setiap kata-kata dari al-quran tu cukup indah,lebih indah dari lirik lagu romantika de amor.Subhanallah!

4) Highlight isi-isi penting dalam al-quran tu.Contoh,dalam surah al-fatihah,ayat 05 yang bermaksud,"Hanya kepada Engkau kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami memohon pertolongan."Ayat ni boleh dijadikan zikir setiap hari.

5) Jadikan al-quran sebagai "PETI ADUAN".Bila kita gembira,bila kita sedih,bila kita rasa tak dihargai,bila rasa ingin dicintai,bila kita ingin bertaubat,bila kita ingin menambah iman kita,bila kita ingin masuk syurga.Semuanya ada dalam al-quran.Bedah isinya,kita akan tahu betapa indahnya kurniaan Allah ini.Subhanallah!



tq Mr Google ;-)


See!Betapa al-quran itu pelengkap hidup kita.Sampai nak cari kawan baik pun Allah tolong kita,segalanya melalui al-quran.Bila hidup kita berpandu al-quran,hati timbul rasa tenang,hati rasa ingin tambah amal,hati rasa bahagianya bila al-quran ada dekat dengan hati.Bila al-quran dijadikan sahabat,insyaAllah hidup berkat.



Muslimah,
apa guna berwajah indah jika al-quran tidak diendah,
apa guna berwajah cantik jika tiada Nur dari Allah,
hari-hari dilalui akan indah,
jika al-quran sentiasa diselak,dibaca dan dihayati isinya yang indah,
hidup tiada gundah,
hidup terasa indah,
sungguh al-quran itu isinya cukup indah,
sungguh al-quran itu penghapus rasa gundah,
SUBHANALLAH!


Wednesday 13 November 2013

Auratku Maruah,BUKAN Murah!

Perempuan sukakan kecantikan..sukakan keindahan.Lambakan fesyen tudung yang 
macam-macam buat kaum kami rasa teruja,rasa nak cuba,try,test.Belit sana,belit sini,butang 10 biji pun kadang tak cukup.Berlapis-lapis tudungnya,colour blocking style katanya.Tapi labuhnya masih tidak menepati kehendak Pencipta,sanggulnya kalah bonggol unta.Apa makna hijab bagi kita sebenarnya?Untuk siapa kita berhias sebenarnya?Untuk menang Ikon Muslimah Dara.com?Pemenang utama Hijabista?atau hanya untuk menang di mata Pencipta?tepuk dada,tanya iman kita.Berfesyen itu tidak salah,tetapi syariat Islam harus bersamanya.

Belum lagi jubah LYCRA yang dikata sudah cukup menutup aurat,ooo sungguh sweet bila si gadis yang pakai.awwi!memang tutup semua.tapi ketulan-ketulan daging,yang PJK 
(Perut Jauh Kehadapan)sorry,i need to say this guys.kalau tutup,tapi ketat.Tupperware lagi cantik dari kita.bayangkan kita ni biskut Teddy Bear nyummy nyummy,kita taknak biskut tu lemau,kita taruk dalam bekas Tupperware kan?bukan amek plastik penyek-penyekkan biskut Teddy Bear tu.Punyalah taknak kepala biskut TB tu kena penggal bila ikat guna getah tempe je.Tapi body kita lagi berharga,aurat kita kagi berharga..PRICELESS!(omputeh bak ang).

Jadi wanita-wanita macam anggun je,macam comel je sekalian yang kusayangiya pun aduyai,
jangan jadikan diri kita ni mangsa fesyen yang haramjada,jangan jadikan diri kita ni bahan eksperimen.Jom kita share tips berfesyen yg nampak mcm sweet je,mcm comel je.hehe.

i)    pakai stoking
ii)   pakai handsock
iii)  baju/dress yang tak ketat dan tidak menunjukkan yang tak patut ditunjuk
iv)  tudung mesti tutup dada,tudung-tudung bawah ni boleh buat tutup dada
      -tudung bawal segi empat
      -shawl labuh
      -pashmina
      -tudung bulat (tudung ustazah)
v)  jenis kain-kalau boleh elakkan pakai jenis lycra,sbb bila pakai,dia melekat kat badan.Kalau kain shiffon yang siap lining,nampak cantik je bila pakai

Sebenarnya,kalau kita fikir betul-betul.Bila kita beli kain 4 meter,dan guna kain tu semaksimum yang mungkin,contoh beli kain cotton 4 meter,lepastu buat jubah.awwi!utiliti sebagai pengguna bertambah kan?sebab tak membazir pun kain,kain perca secoet je.Cuba bezakan dengan beli kain RM1 K 4 meter,tapi buat dress nampak ketiak,nampak lutut.sayang tau,banyak kot kain lebih boleh buat kain perca cantum-cantum jadi selimut.haha.tengok!kita untung tau jadi muslimah!yang tertutup itu indah!


muslimah,
memang kita mahu jadi indah,
memang kita mahu jadi cantik,
tapi jangan dibuka apa yang perlu ditutup,
tapi jangan diketat apa yang perlu dilonggar,
kita tercipta sudah sedia indah,
tidak perlu diubah atau ditambah,
indah hati indahlah wajah,
bangun muslimah,
kekalkan keindahan wajah-wajah indah,
dengan akhlak dan peribadi yang indah!





Friday 8 November 2013

Antara kasar & lembut,kita yang mana?

Bende paling susah nak nilai dalam dunia ni,nak nilai diri kite sendiri.Tapi bende paling senang kacang,nilai diri org lain.Jadi juri AF pada org lain.hok ni xkene,hok tu xkene.selagi ade gigi,selagi tu nak ngutok org bukan men lancar tanpe dengung.amboi mek weh..stop it muslimah!

Ade perempuan,bile dgn lelaki..die lembut,gemah gemalai lai lai cikang,gedik kalah Paris Hilton,sopan santan,lagak seorang wanita melayu terakhir.Sbb nak tunjuk die ni mmg layak masuk list wajib buat bini.Tapi bile dgn mak sendiri,dgn kwan-kwan perempuan...bapak kuang jaqqqqqqqq.haha.Dgn kwan pempuan siap kluakan name-name binatang yg eeeeuwww,cakap kasar boleh ampon lagi.Tapi kalau da pkataan KHINZIR tu jadi p'kataan wajib keluar dari molot.Tu belum lagi dgn p'kataan yg menyakitkan hati kawan-kwan yg len.Sakit hati..sakit hati..(gaya pian cecupak)


Ade perempuan,bile dgn lelaki..die sombong,bongkak,haji bakhil sume ade.haha.senyum pun xnak..apelagi nak sengeh ngeh ngeh.Nampak lelaki mcm nampak Allien.kehkeh.Kalau kat u,kene buat group,mesti nak sume perempuan.Kalau terpakse pon,seboleh2 jage batas antare lelaki dan perempuan.Kalau jalan tu laju je menonong tgk jalan tar yg rate kdg2 b'lobang tu.Kalau M Daud Kilau kat depan mate pon xperasan.Tapi bile dgn family,kawan-kwan,org-org yg rapat dgn die.Amboi kau jah,kecoh bak anggg.Heroin merepek,merapu,membahan org sume bagi kat die.Pemenang Anugerah Wanita Paling Mantol+Kecoh Kokdiang..hahaha.Perempuan mcm ni slalu org salah anggap,diberi gelaran Hipokrit a.k.a Plastik.Diorang bukan nye koya,bajet cun,control ayu ke ape.Cume JAGA BATAS dgn yg BUKAN MAHRAM.Islam itu indah kan?Islam amat menghargai kaum wanita,xnak wanita tercemar.Dalam al quran pun ada surah nama wanita..indahnya Islam!

Ade perempuan,yg ni mmg layak masuk list buat bini.Sifat lemah lembut gemah gemalai semulajadi.Suaranye lembut bukan dibuat-buat,wajahnye lembut bukan buat-buat comel.Aq pon jeles dgn diorang ni.haha.Penah kot nak cube jadi lembut,tapi 5 minit je mampu bertahan.haha.Tapi practice make perfect meyh.kehkeh.Perempuan yang lembut ni hati die lagi kuat tau sebenarnye dari perempuan yg kasar.Yg lembut jarang nangis,tapi yg kasar kuat touching,cengeng.Aq ade kwn yg lembut ni,die makan nasi mak ai,aq da abes satu pinggan nasi ayam rangup siap tambah nasi lebih..yg kwn aq ni stengah pinggan pon x abes lagi..aq krik krik..rase bersalah plak aq tgk pinggan aq kosong da.Dahla lembut,sopan santun,beradab betul kawan aq ni.Tabik springggg!

Jadi kita hok yang mano eh?
Lembut ke..kasar mane sekalipun..kite perempuan,tetap punya hati yang lembut,kite hati pink..
Jadilah muslimah umpama semalu,semakin didekati semakin tertutup malu..
Jaga batasan pergaulan kite dgn bukan mahram kite..
Jaga tutur kata kite,jaga peribadi kite..
Jadilah manusia yang membahagiakan..
Jadilah hamba Allah yang cantik dimata-Nya.

:-)