Thursday 16 January 2014

Bila Allah ketuk pintu hati si Merah Jamboo


Jika semalam kita jadi wanita murah,
bila lelaki mengurat,
kita 'melting',
kemudian pergi 'dating',
langsung tak kisah nasihat ibu bapa masing- masing,
Bila Allah ketuk hati si Merah Jamboo,
Hari ini kita jadi wanita mahal,
bila nampak lelaki,
pandangan terus tertunduk,
berurusan hanya sekadar yang perlu,
ikhtilat selalu dijaga,
bila lelaki datang mengurat,
hati segera diingat,
bahawa hati ini hanya untuk yang Halal,
Jika semalam kita bertudung singkat,
kadang- kadang jarang,
kadanga-kadang over kalah artis,
kaki,lengan masih terdedah,
Bila Allah ketuk hati si Merah Jamboo,
Hari ini kita bertudung labuh,
hari ini kita berstoking panjang,
hari ini kita pakai sarung tangan,
sikit-sikit kita tutup apa yang patut ditutup,
kerana hati mengingatkan,
bahawa yang tertutup itu indah,
Bila semalam mulut kita macam Kiah Propa,
tiada penapis bila bercakap,
hingga manusia lain sakit hati,
aktiviti mengumpat jadi hobi,
Bila Allah ketuk hati si Merah Jamboo,
Hari ini kita bercakap penuh isi,
kita berkata penuh hikmah,
aktiviti berdakwah jadi hobi,
Jika semalam cita-cita kita jadi pramugari,
Bila Allah ketuk pintu hati si Merah Jamboo,
Hari ini cita-cita kita jadi Dai'e,
Jika semalam hobi kita baca novel cinta,
yang isinya tiada unsur islam,
hanya kempen cinta sebelum nikah,
Bila Allah ketuk hati si Merah Jamboo,
Hari ini hobi kita baca al-Quran,
kita hayati setiap bait maknanya,
boleh undang tangis bila membaca,
kerana kita tahu atau sudah tahu,
bahawa tiada lirik terindah tercipta,
melainkan al-Quran yang terindah,



Subhanallah,sungguh kita orang-orang yang beruntung,
kalah tingginya Bukit Beruntung,
bila Allah ketuk hati si Merah Jamboo,
untuk Dia bagi hidayah,
untuk kita muhasabah diri,
untuk menjadi yang terindah.

Tiada istilah 'hari ini' tanpa izin dari Allah..
mari menjaga hidayah setelah bertemu dengannya..
si Merah Jamboo itu ialah kamu wahai wanita yang membaca!